Kejiranan Bo- Kaap Melayu Cape di Waal Street
Pertama kali sampai ke perkampungan berpopulasi Melayu Cape di kaki bukit Signal Hill mata terus terpana dengan kecerian warna warna terang kediaman orang Melayu Cape. Berciri unik, bersambung satu antara lain, pelbagai warna terang dengan kejiranan yang ramah. Perkampungan Bo-Kaap ini merupakan gerbang pelancongan kepada Cape Town. Destinasi wajib bagi mereka yang berkunjung ke Capetown. Bagi kami kita orang Melayu Malaysia pasti teruja untuk meneroka sisi lain Melayu Cape ini.
Bo-Kaap berpenduduk Melayu beragama Islam dan terdapat banyak masjid di kawasan sekitarnya. Disini juga terbinanya Masjid pertama di bumi Afrika Selatan iaitu Masjid Awallu dan didalamnya tersimpan sebuah kitab suci Al Quran pertama di Afrika Selatan yang berusia lebih 300 tahun yang dibawa oleh Sheik Yusuf Makasar pada awal 1694.
![]() |
Rumah bewarna-warni di kiri dan kanan |
![]() |
Masjid terawal di Capetown, Afrika Selatan |
![]() |
Pemandangan di waktu petang |
No comments:
Post a Comment