Percutian di Capetown, Afrika Selatan
 |
Menggunakan cable car untuk menuju ke Table Mountain

|
 |
Semasa berada di atas Table Mountain |
 |
Di Pemandangan dari atas Table Mountain Di sebelah kanan adalah Robben Island Di sebelah kiri adalah Lion Head |
 |
Replika Table Mountain yang berada di atas Table Mountain |
Gambar-gambar di atas menunjukkan salah satu tempat pelancongan di Capetown, Afrika Selatan. Ia dinamakan Table Mountain. Ianya merupakan salah satu daripada tujuh keajaiban dunia. Untuk sampai di Table Mountain, perkara yang paling penting ialah keadaan cuaca di atas Table Mountain. Jika cuaca berawan, pelancong tidak akan dibenarkan untuk pergi ke atas Table Mountain kerana keadaan di atas Table Mountain akan semakin sejuk dan berangin. Ia juga akan menjejaskan perkhidmatan
cable car kerana terpaksa memberhentikan perkhidmatannya sehingga cuaca kembali normal (tidak berawan). Berikut adalah keadaan pelancong yang terpaksa menunggu giliran untuk membeli tiket dan giliran untuk masuk ke dalam
cable car.
 |
Keadaan pelancong yang sanggup berbaris menunggu giliran untuk membeli tiket dan untuk masuk ke dalam cable car |
Semasa berada di atas Table Mountain, kita akan dapat melihat seluruh pemandangan di sekelilingnya iaitu rumah serta bandar yang berada di pinggir laut, Lion Head dan Robben Island. Robben Island merupakan tempat tahanan Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela dan Lion Head juga merupakan salah satu tempat pemandangan warga tempatan dan warga asing. Sesiapa yang dapat sampai di Table Mountain akan sangat berpuashati dan sebaliknya.
No comments:
Post a Comment