Thursday, 22 September 2016

Lawatan Ke Tempat Perlombongan Berlian

PERLOMBONGAN BERLIAN

Tempat Pendaftaran

Mesin Pelombongan

Mesin Pelombongan

Mesin Pelombongan

Kedai Berlian
Satu rombongan telah diadakan ke tapak perlombongan berlian. Tapak perlombongan tersebut berada di Cullinan, Afrika Selatan. Berlian terbesar telah dijumpai di Afrika Selatan iaitu seberat 3,106 karat dan telah dibahagi kepada 9 bahagian. Salah satu bahagian telah diberi kepada King Edward VII.

Proses untuk mendapatkan berlian adalah satu proses yang sukar. Seperti yang dimaklumkan oleh pemandu pelancong, bahan-bahan perlombongan (batu dari bawah tanah) diangkut sebanyak 10 kali hanya untuk mendapatkan batu berlian yang bersaiz sangat kecil dan kadang kala tidak ada batu berlian yang dijumpai. 

Oleh kerana proses yang sukar untuk mendapatkan batu berlian menyebabkan harga berlian mahal. Terdapat pelbagai jenis berlian seperti berlian putih, kuning dan biru. Contoh berlian adalah seperti di bawah.

Replika berlian terbesar yang dijumpai dan dibahagi kepada 9 bahagian mengikut saiz yang berbeza
Bentuk potongan, grade/kelas  dan saiz berlian serta kualiti berlian

Jenis-jenis berlian

Jenis-jenis berlian

No comments:

Post a Comment