Thursday, 22 September 2016

Pertemuan di antara 2 Lautan

PERTEMUAN DUA LAUTAN


Penanda pertemuan di antara Lautan Hindi dan Lautan Atlantik

Penanda ini menunjukkan garisan pembahagi di antara Lautan Hindi dan Lautan Atlantik. Namun garisan tersebut hanya boleh dilihat di atas peta sahaja dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar kerana saiznya yang lebar. Penanda ini berada di L'Agulhas, Afrika Selatan.

Di sinilah terletaknya penghujung benua Afrika. Lautannya seluas mata memandang. Bentuk muka bumi di sini sedikit berbeza kerana batu-batunya seolah-olah timbul dari bawah tanah.  
Gambar Penghujung Afrika

Rumah Api

Bentuk Batu di Penghujung Afrika

Keadaan di Penghujung Afrika
Pintu masuk ke L'Agulhas
Pemandangan boleh dilihat apabila berada di atas rumah api untuk melihat pertemuan lautan tersebut. Setiap pengunjung diingatkan supaya berhati-hati semasa menaiki tangga rumah api kerana laluannya yang sempit dan juga apabila berada di atas rumah api kerana tiupan anginnya yang terlalu kuat. Seperti yang telah dimaklumkan pertemuan lautan tersebut tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

No comments:

Post a Comment