Friday, 23 September 2016

Rumah Warna Warni - Bo Kaap, Cape Town

                                          Kejiranan Bo- Kaap Melayu Cape di Waal Street 


Pertama kali sampai ke perkampungan berpopulasi Melayu Cape di kaki bukit Signal Hill mata terus terpana dengan kecerian warna warna terang kediaman orang Melayu Cape. Berciri unik, bersambung satu antara lain, pelbagai warna terang dengan kejiranan yang ramah. Perkampungan Bo-Kaap ini merupakan gerbang pelancongan kepada Cape Town. Destinasi wajib bagi mereka yang berkunjung ke Capetown. Bagi kami kita orang Melayu Malaysia pasti teruja untuk meneroka sisi lain Melayu Cape ini. 

Bo-Kaap berpenduduk Melayu beragama Islam dan terdapat banyak masjid di kawasan sekitarnya. Disini juga terbinanya Masjid pertama di bumi Afrika Selatan iaitu Masjid Awallu dan didalamnya tersimpan sebuah kitab suci Al Quran pertama di Afrika Selatan yang berusia lebih 300 tahun yang dibawa oleh Sheik Yusuf Makasar pada awal 1694.



Rumah bewarna-warni di kiri dan kanan 

Masjid terawal di Capetown, Afrika Selatan

Pemandangan  di waktu petang







Melawat Lion Park

LION PARK
 LANSERIA ,AFRIKA SELATAN

Pintu masuk ke Lion Park

Pintu masuk ke Lion Park

Afrika terkenal dengan safari. Setiap pengunjung yang datang ke Afrika tidak sah jika tidak datang untuk melihat safari dengan matanya sendiri termasuklah kami sekeluarga. Lion Park adalah satu taman binatang yang terkenal dengan binatang yang dipanggil singa. Walau bagaimana pun, terdapat juga binatang lain seperti zirafah, burung unta, Kudu dan pelbagai lagi.
 ;

Pengunjung diberi peluang untuk memberi makan kepada binatang 

Memberi makan kepada burung unta

Di Lion Park ini, para pengunjung boleh menyentuh, membelai dan memberi makan kepada binatang. Pengunjung dibenarkan masuk ke dalam kandang singa untuk menyentuh singa tersebut. Salah satu keistimewaan taman ini ialah pengunjung dibenarkan memandu masuk ke taman singa atau boleh menggunakan kemudahan pengangkutan yang disediakan untuk melihat dengan lebih dekat. Para pengunjung diingatkan supaya menutup semua tingkap kereta untuk mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sesi menyentuh anak singa


Video  lawatan ke Lion Park

Percutian Ke Durban

DURBAN, AFRIKA SELATAN


Apabila menjelang musim cuti sekolah, semua orang akan merancang untuk pergi bercuti samada di dalam atau di luar negara. Keluarga kami juga turut mengambil peluang tersebut untuk pergi bercuti ke Durban, Afrika Selatan. Durban terkenal dengan taman air yang dinamakan Ushaka Marine World. Di taman air ini terdapat aquarium, taman air, tempat permainan dan pelbagai lagi.


Taman Air Ushaka Marine World

Taman Air Ushaka berhadapan pantai

Taman Air Ushaka

Food Truck -  Spring Potato

Perjalanan ke Durban

Pintu Masuk Taman Air Ushaka

Peta Taman Air Ushaka
Perjalanan ke Durban mengambil masa di antara 6-8 jam dari Pretoria, Afrika Selatan. Cuaca semasa perjalanan kami ke Durban kurang baik kerana hujan di beberapa tempat namun kami sampai dengan selamat. Kami menghabiskan masa selama 3 hari di Durban. Majoriti penduduk Durban adalah beragama Islam. Setelah selesai semua urusan, kami bertolak pulang ke Pretoria, Afrika Selatan.


Melawat Ke Simon Town

Seal (Anjing Laut)

Seal Island di Simon Town  merupakan tempat tarikan utama pelancong untuk melihat secara lebih dekat kehidupan semulajadi anjing laut di Cape Town, Afrika Selatan. Dengan keluasan pulau hanya 5 Ekar dan di diami hampir 65,000 ekor anjing laut jenis Cape Fur Seal. Dengan jarak 5.7 km dari pantai False Bay ia merancakkan industri bot pelancongan di sekitarnya.


Cape Fur Seal jinak



* populasi Cape Fur Seal di atas pulau
                                                   

   Dengan populasi yang padat ia secara tidak langsunng menarik perhatian predator seperti 'Great White Shark' ke kawasan koloni ini.


Ladang Buah Peach

Memetik Buah Peach

Pada cuti hujung minggu, kami telah pergi ke ladang buah peach untuk melihat, memetik dan membeli buah tersebut. Pokok peach ini rendah dan mempunyai buah yang banyak serta memudahkan para pengunjung untuk memetik buah tersebut termasuklah kanak-kanak. Pengunjung akan diberi kotak untuk diisi dengan buah peach yang dipetik. Pengunjung juga boleh terus mencuba dan merasai buah ini sambil memetik untuk dibawa balik.

Ladang peach

Buah peach yang telah masak

Kemudahan restauran atau kedai makan turut disediakan bagi menghilangkan kepenatan setelah memetik buah peach. Buah peach yang telah siap dipetik perlu di bawa ke restauran ini untuk ditimbang dan dijual. Taman permainan turut disediakan bagi pengunjung yang membawa anak. Apabila tiba musim buah peach pengunjung boleh datang dan memetik sendiri buah peach untuk mendapatkan kualiti buah yang bagus.

Kemudahan restauran disediakan
Permainan untuk kanak-kanak

Melawat The Keramat of Saint Sheik Yusuf - Makasar

THE KARAMAT OF SAINT SHEIK YUSUF



The Keramat of Saint Sheik Yusuf  terletak di Macassar, Cape Town. Kubur atau Makam Sheik Yusuf yang berasal dari kesultanan Makasar, Indonesia. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab membawa masuk serta mengembang sinar Islam ke bumi Afrika Selatan pada 1694.





The Karamat Sheik Yusuf, Macassar


Beliau juga di kenali sebagai 'Hero of Bantam' sebagai Panglima dalam  Perang Bantam pada 1682-1683 menentang Penjajah Belanda di Bantam Indonesia. Akhirnya beliau serta keluarga dan pengikutnya seramai 49 orang telah dibuang ke Ceylon (Sri Lanka) tetapi Penjajah Belanda masih mendapat tentangan oleh pengikut Sheik Yusuf di Ceylon dan akhirnya beliau serta pengikutnya dibuang   ke Cape Afrika Selatan dengan kapal De Voetboeg. Akhirnya Sheik Yusuf meninggal dunia pada 1699 di Macassar, Cape Town.



     *4 Kubur daripada 49 pengikut 

Bagi memperingati beliau, False Bay tempat pendaratan Kapal De Voetboeg di tukar kepada Macassar merujuk kepada Tanah Asal Sheik Yusuf di Makasar, Indonesia.


     * Macassar


Makam Sheik Yusuf dianggap suci dan senantiasa dikunjungi  oleh penduduk Muslim setempat. Hingga kini masih ramai orang Melayu Cape yang datang yang datang melawat bagi melihat sejarah asal kedatangan mereka ke Afrika Selatan.

Salam
Terima kasih






Bunga Jakaranda

Bunga Jakaranda 

Bunga jakaranda adalah bunga yang masyhur di Afrika Selatan. Afrika Selatan mempunyai 4 musim iaitu musim sejuk, musim bunga, musim panas dan musim luruh. Apabila tiba musim bunga (spring), pokok jakaranda ini akan mengeluarkan bunga yang bewarna ungu yang dikenali sebagai bunga jakaranda. Pokok jakaranda ini ditanam disepanjang jalan di Pretoria dan juga di tempat-tempat lain. Apabila semua pokok ini mengeluarkan bunganya, dunia seolah-olah bertukar menjadi warna ungu dan sangat cantik. Pokok jakaranda ini bersaiz besar dan ketinggiannya adalah sederhana. Kebanyakan pelancong tertarik dengan bunga jakaranda ini. 


Jakaranda di sepanjang jalan

Bunga Jakaranda


Bunga Jakaranda di kiri dan kanan jalan
Jakaranda di sepanjang jalan