Gubahan Bunga Telur Menggunakan Bahan Kitar Semula
 |
Bunga telur yang diperbuat daripada riben terpakai dan cawan plastik |
 |
Bunga telur yang diperbuat daripada botol air plastik |
 |
Bunga telur diperbuat daripada barangan plastik dan kertas |
 |
Bunga telur yang diperbuat daripada surat khabar |
Satu pertandingan telah diadakan pada 29 Ogos 2016 yang lalu di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2) bagi pelajar pendidikan khas. Di antara acara yang dipertandingkan ialah bola sepak, bola jaring, olahraga, gubahan dan dandanan dan solekan.
Gubahan bunga telur ini adalah hasil kraftangan pelajar pendidkan has. Walaupun mereka istimewa, namun mereka mempunyai kemahiran dalam bidang tertentu. Terdapat pelajar khas yang mempunyai kemahiran dalam bidang dandanan atau solekan, pelbagai gubahan, ukiran buah-buahan dan banyak lagi. Kadang-kala kemahiran pelajar khas ini lebih baik berbanding kemahiran pelajar normal. Pelajar istmewa ini boleh menjalani kehidupan seperti orang biasa jika diberi peluang. Oleh itu, janganlah kita memandang rendah dengan kebolehan dan kemahiran pelajar istimewa ini.
Terdapat juga pameran, jualan serta aktiviti daripada setiap sekolah di sekitar Putrajaya. Di antaranya ialah pameran kraftangan, jualan aksesori seperti klip rambut dan aktiviti menangkap ikan menggunakan jaring yang diperbuat darpada kertas. Semua pelajar, guru dan ibu bapa bekerjasama untuk menjayakan pertandingan dan aktiviti yang telah dijalankan.
No comments:
Post a Comment