Blog ini diwujudkan adalah sebahagian daripada tugasan (
assignment) dalam pembelajaran aplikasi komputer. Jadi hari ini semua pelajar yang mengambil matapelajaran aplikasi komputer telah mencipta blog masing-masing. Semua pelajar amat teruja dengan ciptaan terbaru mereka dan sibuk untuk memuat naik (
upload) status masing-masing. Terdapat pelajar yang telah upload video, kisah-kisah kehidupan, gambar dan sebagainya. Walaubagaimana pun, terdapat perkara/isu yang tidak patut dimuat naik bagi seorang pelajar kerana akan menjejaskan imej pelajar dan juga institusi pengajian tersebut. Blog ini digunakan sebagai tempat untuk berkongsi maklumat.
Hari ini saya akan berkongsi satu resepi masakan iaitu sandwich telur. Kebanyakan orang sememangnya telah pakar dalam menyediakan sandwich. Sandwich yang akan saya kongsikan ialah sandwich telur. Bahan-bahan dan cara untuk membuat sandwich ini adalah seperti di bawah:
Sandwich Telur
Bahan-Bahan:
- 4 biji telur, direbus
- 8 keping roti sandwich
- Sedikit mentega atau margerin (planta) untuk disapu pada roti
- 2-3 sudu besar mayonis
- 1/2 sudu kecil lada putih
- 1/4 sudu kecil garam
- Daun salad
- Tomato
Cara Penyediaan:
- Potong bahagian tepi kerak roti di keempat-empat bahagian.
- Buang kulit telur dan hancurkan telur menggunakan garfu, tetapi jangan terlalu hancur. Biar ada sedikit ketulan kasat untuk tekstur.
- Masukkan mentega, mayonis dan garam. Kacau sebati.
- Sapu roti dengan sedikit mentega dan letakkan inti telur, salad dan tomato sekata di antara 2 keping roti. Potong sandwich kepada dua atau empat bahagian mengikut kesukaan anda dan sedia untuk dihidang.